PC tidak hidup..

18 10 2007

Mengikut pengalaman aku semasa aku kerja kat kedai komputer selama 1/2 tahun dalm membaikpulih PC, dua perkara utama yang mesti

aku periksa dahulu jika sekiranya pc pelanggan tidak hidup.

Uji PSU

1. Semasa on pc bawakan tapak tangan ke bahagian belakang PSU, jika

dirasakan ada angin di bahagian belakang, atau sekiranya monitor yang

disambungkan dari PSU, lihat pada lampu monitor, jika ia berwarna kuning

atau jingga, ini bermakna PSU masih hidup. Tetapi tidak semestinya ia

berfungsi dengan baik. Mungkin salah satu kapasitor di dalam PSU atau

kable yang membekalkan kuasa kepada motherboard tidak berfungsi..

2. Tukar PSU lain dan uji semula seperti di atas. Sekiranya berjaya.

Maknyanya PSU yang asal bermasalah dan perlu ditukar. Sekiranya tidak

berjaya juga, teruskan ke proses menguji RAM.

Uji RAM

1. Buka casing dengan cermat

2. Pastikan anda bebas dari cas elektrostatik.

3. Cabut RAM dari slotnya

4. Cuba gosok kaki RAM dengan getah pemadam yang lembut.

5. Pasang kembali RAM ke slotnya dan uji sama ada PC anda hidup atau

sebaliknya.

Jika anda berjaya, maka tak perlulah anda bersusah payah untuk menghantar

PC anda ke kedai komputer. Ini adalah simple test bagi menguji PC yang tak

hidup. Dan jika tidak berjaya dalam ke dua dua ujian di atas, maka bolehlah PC

tersebut di hantar ke kedai komputer atau diserahkan kepada juruteknik

komputer yang anda kenali untuk dibaikpulih selanjutnya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.